Saturday, February 8, 2014

Mini wind turbine

OK sini aku ada terjumpa satu video yang agak menarik untuk aku dan para penggemar benda-benda lektrik + mekanikal ni.. Video ni papar tentang pembinaan "mini wind turbine" dan function sekali. Memang simple dan mudah untuk serap dalam kepala.. menarik walaupun biasa..






Thursday, January 30, 2014

Rujukan untuk Jurnal atau "Proposal"

As salam semua.. sini disertakan link untuk rujukan jurnal atau proposal... Moga bermanfaat untuk semua.. hehe

1. http://www.sciencedirect.com
2. http://www.ieee.org/index.html?WT.mc_id=hpf_logo

p/s: kalau ada yang nak berkongsi link atau apa2x..tinggalkan di ruangan komen.. ;)



Friday, February 15, 2013

Osem Guy

yahoo...
nak abis cuti x sabar nak sambung study..
werk :P

Hehe... 
mood bercambur baur..biasa la
lemak cuti dah masuk dalam diri ni
paham lah kan..
benda yang seakan sama dilalui setiap orang berstudi...
wish me luck
tata titi.. 

Monday, January 28, 2013

Alhamdulillah

Bersyukur dan sentiasalah memanjatkan syukur kepadanya walaupun apa yang terjadi pada diri kita dan inggatlah
setiap yang berlaku pasti ada hikmah dan sebabnya

                       الحمد لله‎


Gadjet gadjet gadjet!!!!!!

Sangat kuat tarikannya dengan zaman masa kini tak kira lapisan umur
Sampaikan budak2x 6-7 tahun dah pandai dengan bendax2 macam ni mengalahkan orang2 dewasa


Macam kawan2x sekeliling aku , hampir semua dah memandang tinggi keperluan gadjet2x masa kini Contohnya macam smartphone , camera dan aksesori2x lain. sori la aku bukanya tawu sangat psal gadjet ni. Tapi alhamdulillah aku tak la boleh dikatakan tak tawu lansung, sbbnya kebanyakan gadjet2x yang menjadi perhatian masa kini aku pernah pegang. Haha..pegang je la, belek2x.. Tawu la jgk function dan cara guna , jadi tak la kekok sangat bila orang guna sbb aku faham kegunaan dan cara guna walaupun aku x memiliki. Bersyukur sangat, benda bukan kepunyaan tapi aku dapat tempias. Untung la kan..byk jnis jgk aku pernah pgg jenis  smartphone la dan aku mmg pgg sungguh2x..tambahan bila aku dapat bkk aplikasi games..Haha,,jangan jelez ..okies. Tapi aku x lah menggila sangat dengan gadjet2x ni, terutama smartphone. Aku rasa macam, ahh memang canggih ,macam2x kegunaan tapi nak melahirkan kehendak hati aku untuk memiliki tak dek lagi. Mungkin suatu hari nanti kut, kalau aku dah upload pic tu ada la tapi bukan masa terdekat kut sbb feel tu belum sampai lagi.  Tapi aku baru perasan, aku mmg gila games la dkt smartphone.. erkkk..x kn tetiba aku dah terjebak..opss..tak kut..haha.. 

Pasal kamera jgk aku rasa beruntung, jenis DSLR la kut..tapi sekarang nampak seakan merudum dengan lambakan phone2x canggih dan lebih mudah digunakan untuk snap pic..Hehe.. 
Gara2x si abg aku yang agak rapat dengan kamera n sebelum dia berkahwin dan beberapa rakan yang berhobikan DSLR. Banyak jenis jgk aku dah terguna dan tertekan button snap. Hek2x.. serius susah nak guna kalau twu guna gitu2x je.. Setakat setting sikit2 tu reti la sbb tempias kan. Jadi aku rsa bersyukur dan beruntung dapat kenal benda ni.Tapi keinginan untuk ada belum lagi kut ckuplah tempias..Hehe.. Betapa pintarnya manusia ciptaannya dapat mencipta satu alat yang dapat menangkap gambar segenap ciptaannya di muka bumi ini. Kan?

Semuanya ciptaan Allah..canggihnya dari Allah..keindahan itu juga ciptaannya??
Hehe..Setiap yang terjadi dan berlaku pasti hikmahnya...Untunglah kita jika dapat bersyukur dan sentiasa mengingati Allah dengan setiap yang berlaku. Continue~


Habib Syech Ya Hanana


Merdu sekali  lunak suara dan lontaran maksud yang terkandung <3

Thursday, January 24, 2013

Cuti 2013

Yahooo... Cuti-cuti... (sambil goyang2x pinggul)
Hak3x.. Nampak tak keseronokan bercuti sampai boleh diaplikasi macam tu sekali?
Sem. break sudah bermula dan liku2x keindahan dalam bercuti akan aku gunakan sebaik mungkin..
Masa untuk keluarga dan rakan-rakan akan aku luangkan selapang cuti yang  ada
Cuti tak bermakna berehat semata, tapi kesan dari cuti yang digunakan adalah  yang paling penting
Biar cuti ada kesan positf untuk sekeliling dan diri sendiri tanpa dipersia macam tu ajerr.
Hahaha..amacam planer cuti ni.. layannzz..

Sunday, November 18, 2012

Perlis aku datang :P

Berakhirlah cuti Depavali + Awal Muharam... Disaat kita masih selesa di Malaysia saudara2x kita d GAza sedang bertarung dan perlu menghadapi pelbagai kemungkinan akibat daripada keganasan yang dicetuskan Israel. Kita yang semampunya boleh menghulurkan tangan berdoa lebih baik kita lakukan daripada tiada lansung. Semoga Allah merahmati saudara kita disana . Amin~

Cuti dah abis, senang lenang dirumah perlu ditamatkan dengan kepulangan ke Perlis. Semoga diberikan kekuatan untuk melalui liku-liku kehidupan yang mendatang dan mendapat manfaat untuk menimba ilmu di Perlis nanti. Amin

-Pray to Gaza-

Thursday, November 15, 2012

Tips tak lekang dari massage

Arini aku nak kongsikan 1 tips pasal massage.. Kalau macam aku mood tengah sunyi dari massage, maklumlah massage kat hp pun macam nak tak nak masuk ja.. Ehem, korang kena follow lah step kat bawah ni kalau nak tawu... 


Step 1
-amik hp yang korang 'sayang' sangat tu.. belek2x menu...main la game setengah jalan lepas tu keluar game  pg kt menu ..macam kita selalu buat lah kan.. :P


Step 2
-Pergi kat bahagian music atau ringtone untuk cari nada yang korang gunakan apabila massage masuk.

Step 3
-Korang cuma perlu play nada tu 2-3 kali dan lepas tu letak hp tu kat sebelah ataupun kat mana2x...tnpa perlu keluar pergi ke menu tw...

Step 4
-buat lah apa2x kerja yang korang nak dan dengan tak sengaja, aku gerenti yang korang akan cari hp dan  akan cuba unlock hp korang ...Jeng3x..korang tak pergi kt menu td kan, dengan sendirinya korang dh tertekan play dan nada massage korang akan berbunyi .

-Tambahan lagi kalau korang terselalu buat... korang akan rasa feel yang masage macam selalu masuk ja kat hp tu.....Haha... memang nampak macam ~> eh sengallah kau punya entri ~> benda bodoh@senang macam tu pun nak ajar orang ke? Grrrr..

-Woit...hehe..belum cuba belum tawu..benda macam ni korang tak kan jangka okey... Tak semua benda nampak mudah tak akan bawak apa2x erti@keputusan yang bermakna pada diri kita. Cuba dulu baru tawu ..OK.. Selamat mencuba  benda yang agak mengarut tapi seronok bagi aku ni..kah3x.. SS .. ok bai..


Cuma bersesuaian untuk h/p yang ada punat tekan je (keypad), yang canggih bertouch screen bagai..sori la tak bersesuain sebab aku belum mampu nak mencuba..kah3x..cuba la mana nak twu dapat rasa feel yang sama..Untungkan.. ok bai 2nd time.. :P 

The date

May 12, 2009 12:53 PM segala2x bermula dari tarikh ni.. :)





Kereta dan perempuan

Macam dah sebati je tajuk tu... Opssss... Bukan aku ja kata, tapi kebanyakan orang yang cakap termasuk perempuan sekali.. Hehe.. Kenapa jadi macam tu?? paham lah kan.. 


Oke! Aku nak sembang2x kosong sorang2x malam ni pasal perempuan dan kereta. Sekarang ni tak macam 2-3 tahun lepas, kebarangkalian nak skodeng cik akak@gadis@hawa memandu kereta agak kurang lagi. Tapi kalau hari ni, setiap kereta yang bergerak kat satu-satu kawasan tu mesti ada perempuan yang pandu. Aha, cik-cik abang ni termasuk lah aku sekali cukup fobia sikit dengan mereka-meraka ni. Kenapa? sebab cara pemanduan, agak merbahaya dan merisaukan. Tapi bukan semua lah kebanyakan ja Memang benda reality, bukan rekaan  aku untuk buat cerita kosong sampai persalahkan orang TU.. hehe... 

Kalau si kaum adam ni, terserempak ja dengan si hawa , tambahan kereta yang   dipandu mereka berada dihadapan dari kereta si fobia yang dibelakang , Ehem..kami cik-cik abang mesti dah dapat agak sapa la yang bawak keta kat depan tu.. Opps..ini. betul cik hawa, cik adam tak tipu, cik hawa memandu kereta menakutkan, walaupun kadang tu perlahan, tapi terlalu perlahan lah dan  merbahaya. Kadang2x tu tak tengok sapa dah kalau bawak keta, macam jalan tu jadi jalan swasta bagai hak persendirian ja. Cadangan dari cik adam's kami rasakan, cik hawa lebih baik praktis betul2x nak bawak kereta tu sbelum nak b'jalan merata-rata. Baru perjalanan tu jadi soft, lancar tanpa caci maki.. Ini.... realiti,  cik abang terpecah rahsia sikit eh.. sori kalau terkasar bahasa.. Tapi nak say something, yang cik hawa kalau drive tu cute sangat, macam tengah amik exam . Tapi ingat tu!! kebanyakan ja macam tu...Akhir kalam, jaga diri, hati2x memandu ingat pesan yang kami bukan nak membebel tapi 'nasihat". Pandu cermat jiwa selamat.. Assalamualaikum.. :)




Secebis Diari

OK done.. saya dah unsubscribe awak... Sory, saya rasa awak pun tak pernah tawu yang saya subscribe FB awak. Lagipun dah macam tak ada kepentingan saya follow awak berterusan secara dekat. Awak bukan kisah pun, saya pun tak tawu apa yang saya perlu buat untuk memahami diri awak. Bukan setakat FB tapi blog pun macam tu, tapi saya akan still amik tawu pasal awak tapi secara jauh. Tapi saya betul2x nak tawu kenapa buat saya macam ni, mana janji2x yang awak selalu pinta dan taburkan kat saya... Hurmmm..mana?? apa salah saya.. tolong la jangan buat  saya bagai lutsinar, nampak tak nampak ja. Hahaha..mungkin saya bukan macam orang lain, banyak kekurangan kan??Saya dah buang profile picture dekat FB bagi melahirkan rasa tak peduli awak kat saya..Tapi awak still buat tak tawu kenapa??Hurmm... Maaf la, saya tawu banyak tentang awak tanpa awk sedar atau tidak. Tapi jangan risau, semua tu untuk kebahagian awak. Kalau suatu hari awak terbaca apa saja post berkait dengan diri awak, awak jangan fikir bukan2x okey. Saya tak buat apa2x lah, jangan risau... hehe


Note: Macam mana script aku, bleh buat drama tak.. hehe.. -cinta itu sakit dan aku dapat rasakan- yeaaaa :p

Smile :)

Meroyan lah aku malam ni, nak sembang2x dengan sapa pagi2x cegini kan.. Update blog je lah, merapu apa yang patut... Seronok ok dengan blog, hariniri baru aku dapat rasakan feel berblogging.. hurmmm(tarik nafas).. hem..


Dari GOOGLE


Kita update la apa pun kt blog like this, cik google bukan kesah pun ko happy ke sedih ke, apa2x je lah mood kaw. SS 'syok sendiri' ja bila update blog sengsorang, keh2x.. Tapi malam ni mood eden hiba larh,herm tapi lepas update ni kiranya cool lah sikit macam dah keluarkan sedikit bara dalam hati ni.. Ok hati jangan bersedih..Hahaha.. Biarlah orang nak anggap kita macam mana pun asalkan kita dah cuba apa yang sepatutnya. Semuanya "dia" yang tentukan, usaha terletak pada kita dan perlu sedaya yang boleh .
All thing ada hikmahnya cuma kita yang lemah ni ja tak tawu. Hurmm... Lega sikit hati ni walaupun harini macam kemuncak ja darah dekat jantung ni menggelegak.. Hebatkan darah, hehe.. ok dii..~Layan perasaan~

Wednesday, November 14, 2012

Bulan hijrah

Berakhir 1433 Hijrah dan maka bermulalah tahun baru 1434 Hijrah

Salam Maal Hijrah 1434 Hijrah kepada Semua :)




Penang aku datang

Hi...


Semalam hari makan angin sedunia dengan kengkawan dekat Penang sebelah Pulau. Sila jealous siap2x.. Haha...Jealous sebab aku masih  tak boleh study lagi..Huarghhhh. Duduk rumah pun aku susah nak pegang buku, alangkah baiknya aku jenjalan ja senang masa depan.. Hahaha.. Mood  nak study makin hilang rasanya bila aku stay kat rumah ni.. Fuh, stay kat rumah seolah-olah tempat untuk luangkan masa lapang ja dengan semua orang, buku not allowed . Ini cerita betul, tapi aku berazam aku akan cuba pegang buku jugak sebelum aku balik ke kampus. 


PENANG AKU DATANG

Maksud aku "Penang" tu sebelah Pulau taw, orang sebelah sini memang maksudkan sebelau Pulau sebagai Penang ja, harap mengerti ya  memang kebiasaan orang sini. Sampai ja aku kat Pulau tu aku dengan sorang kawan aku juga dari tanah besar terus pegi terjah rumah kawan aku kat Batu Maung. Sampai ja kt umah dia, belum sempat nak matikan enjin motosikal si kawan ni dah ajak pegi Restoran Pen Mutiara untuk belikan launch untuk si ayah dia. Sampai ja kami2x duduk ja lah sambil myfriend pegi order makanan, al maklumlah just beli  bungkus. Kami apa lagi mata ni melilau lah jugak, "restoran " agak tu la katakan, jarang2x pegi dan alang2x dah pergi rugi pulak kalau tak cuci mata ni dengan benda2x baru.Hahaha..


Dah selesai  semua kami tukar dari motosikal kepada kereta, senang kata si kawan ni, takut2x hujan lagi pun cuaca tak menentu hujung2x tahun kat Malaysia ni kan. kami pergi ke sebuah kedai berhampiran kawasan Jelutong untuk makan2x dahulu sebelum sambung berjalan2x lagi. Alangkah terkejutnya waktu sedang2x makan tu, si kawan ni menyapa aku dan kawan disebelah untuk alihkan pandangan dekat sebelah belakang. Aku pun berpalinglah dan ternampak seorang Pak Cik sedang terlentang betul2x di tengah2x jalan untuk masuk ke stesen minyak. Dup-dap ja jantung ni takut Pak Cik tu kena langgar ke apa ke hurm, selang tak berapa lama ada lah 2-3 orang yang lalu lalang angkat si Pak Cik ni ketepi. Ohh...dari jauh baru kami dapat agak yang Pak Cik tu sedang mabuk. Mana taknya, disandarkan si Pak Cik tu kat tepi jalan dia still nak membaringkan diri kat atas jalan dengan panas teriknya. Hmm..apa boleh buat, tetiba lahir rasa sempati dan kasihan  kat Pak Cik tu. Harap2x si Pak Cik tu dapt berubah suatu hari nanti dari perbuatan tu..okie... Chaiiyok2x ye Pak Cik..



Selesai makan dan lain2x lagi kami terus teruskan perjalan pergi ke Queensbay Mall dengan cadangan nak menonton wayang. Waktu nak beli tiket, cerita skyfall yang kami hasratkan terpaksa ditukar dengan carita lain. Untung la cerita seronok lah kot, penuh panggung dan tayangan seterusnya tak sesuai kerana agak lewat
Change the mind untuk pilih cerita lain, ajiboy=budak pailang=cold war dah terlepas tayangan and then next tayangan agak lewat.. Fuhh...jeng2x tinggal 1 movie ni ja yang menepati masa dan keadaan ~> "Istanbul Aku Datang"... Yahoooo...3 orang sahabat lelaki nak tengok cerita cinta.. Hahaha...Jiwang bebeh.. beli jugak tiket walaupun hati ni dah geli2x seakan-akan tak percaya. 


First time tengok movie dengan kawan2x ni menonton cerita cinta, okey boleh dijadikan sebagai memori yang terindah..Keh3x... Tapi, layan jugak cerita tu banyak ketawa ++ romantik. Sesuailah kalau nak tengok campuran 2 elemen tu dalam sesuatu movie. Cerita mengisahkan pasangan bercinta yang terputus dek kerana penghalang jarak Istanbul dan Kuala Lumpur. Si perempuan nak create 1 trick untuk ajak si lelaki yang sedang study bidang medic dekat Istanbul untuk ajak bertunang Si perempuan pergi kesana dengan alasan mengambil kursus pendek di Universiti yang sama. Waktu kat sana jadilah 1 pergelutan@drama yang mana tetiba si lelaki tak nak terlalu dekat dengan si perempuan.

Si perempuan terpaksa berdikari kat sana sampailah terjadi satu peristiwa yang agak menarik. Si perempuan  menyewa rumah dimana  telah mempunyai  penyewa dan penyewanya adalah lelaki dari Malaysia. Terjadi konflik waktu perempuan tersebut terpaksa tinggal serumah dengan lelaki tersebut. Satu hari tu BF kepada si perempuan telah datang untuk menjenguk dan terkejut kerana mendapati terdapat lelaki lain di rumah perempuan tersebut. Tanpa usul periksa perempuan tersebut dicari maki  kerana pandangan buruk BFnya(Tomok) kepada dirinya(Lisa Surihani) dihadapan penyewa lelaki (Beto Kusyairy) .


Untuk selesaikan keadaan huru hara dan tuduhan melulu Tomok, si Beto bawak Lisa pergi kerumah Tomok untuk explain benda sebenar. Tapi Tomok tak nak dengar penjelasan terus bertumbuk dengan Beto. Tetiba ada seorang perempuan Turki datang then mengaku sebagai aweks si Tomok ni. Si Lisa terus berasa ditipu then terus amik keputusan berenti kursus dan berhasrat balik Malaysia keesokan hari.


Sebaga tanda minta maaf dan penghargaan kat lisa, Beto decide nak bawak Lisa jenjalan Istanbul untuk membuktikan yang Istanbul ni seronok dan nak gembirakan hati Lisa yang sedang bersedih. Si Lisa rasa sweet waktu tu sebab rasa  dihargai berbanding dengan apa yang Tomok dah buat sepanjang waktu dia kat sana. Balik ja dari jenjalan, Tomok da tunggu Lisa untuk pujuk dan ajak Lisa balik Malaysia sesama then kawin. Malam tu Lisa dan terima Tomok dan setuju nak balik Malaysia sesama tapi Lisa still rasa ada perasaan kat Beto

Esok pagi  nak balik naik teksi dengan Tomok, si Beto datang kat Lisa dan luahkan perasaan dia terhadapat Lisa. Ayat dwunk waktu tu lebih kurang macam ni

(Kalau membaca tu suara kena dilontar keluar dan mood macam dalam drama okie)

Tomok: saya mintak awak beri peluang kedua  untuk awak terima saya.......

Lisa: .........

Beto: saya cuma mintak awak satu peluang ja 

Lisa:.......



Lastly, Lisa pilih Beto dan selang 2 tahun dari tu dwunk datang Istanbul semula untuk amik gambar kawin. Tu lah sebab cerita tu dinamakan Istanbul aku datang.. Hehe.. sebenarnya dia seolah-olah bercerita tentang perkara lepas macam mana dwunk boleh sampai kat Istanbul sekali lagi  then  amik gambar kahwin.. OK done...nak lagi paham..Sila layan trailer kat bawah ni..Zasss~







Note: Penat dah den nak menulis@membaca.. Aku sendiri pun penat nak baca apa yang aku tulis sebenarnya..Haha..layan ja..bosan2x nanti aku boleh baca balik kut..ok daa..







Tuesday, November 13, 2012

Memorials...

Teringat memori praktikal dulu2x dekat sorang member aku ni, semua ni gara2x aku pergi skodeng blog dia. Saja ja aku aku nak skodeng, sebabnya dialah salah seorang member yang menyebabkan aku kenal blog. Dulu waktu dalam pengajian di politeknik, aku selalu lah jugak bersembang dengan dia pasal blog. Ada jugak pendapat pasal blog diajukan pada aku, nak buat improvement katanya. Tapi janganla fikir seolah-olah aku memang seorang yang pintar@cekap pasal blog. Itu cuma pendapat, lagipun si member aku ni memang suka bertanya dan seorang yang sangat periang. kalau dengar dia gelak boleh la dapat tempias seolah-olah kita termasuk sekali dalam cerita dia. 


Pasal skodeng tadi, fikiran aku terus meluru kepada dia apabila terdengar lagu yang ada pada blognya. Aku masih ingat lagi yang dia sangat sukakan lagu ni apabila kali pertama aku perkenalkan dia. Aku bukan tokan lagu okey,just suka dengar lagu dan suka kongsi-kongsi lagu dengan member masa praktikal. Salah satu sebab waktu  tu, aku ni jenis kerap pulang ke rumah, al maklumlah rumah sewa dengan rumah aku tak jauh mana pun kalau nak dibandingkan dengan member yang lain. Hanya dibezakan dengan jambatan dan sedikit jalan raya yang harus aku lalui sebelum sampai. 


Nak dipanjangkan lagi, memori lepas telah menjadi berangkai@panjang seolah-olah dah semacam seutas tali yang disambung-sambung. Mulanya ingat seorang sahaja, tapi makin lama memori praktikal tu boleh membuatkan mulut aku tersenyum. Hampir semua memori waktu praktikal dulu bermain dalam fikiran aku dengan jayanya. Alhamdulillah, indahnya ciptaannya bila kita renung kembali tetang fikiran@memori lepas . Otak kita sangat canggih dan sangat berkuasa penciptanya.


Just memory ^_^






Note: Memori yang indah dapat mengelakkan kita nyanyuk apabila kita terkenang kembali memori tersebut(ini adalah kajian bukan cakap kosong dari aku..tapi sori aku terlupa sumbernya) Ciptalah memori indah, biarlah hati sentiasa basah dengan zikir dan mulut sentiasa tersenyum dengan ciptaannya.Insyallah sentiasa diberkati.. Amin~

Mood "kacau"

 Grrr.. Apa la yang aku nak buat sebenarnya pagi ni. Macam ada mood nak study tapi baru buka sehelai muka surat mood dah hilang tapi bila online mood tak hilang pulak siap boleh update blog lagi. Pandai ya kau(mood) boleh main aci-cari dengan aku, bab2x nak guna otak tanduk ja kau, bab2x goyang kaki tak pulak macam tu. Tapi tak apa lah jugak at least boleh jugak bukak walau pun main selak ja... Hahaha macam tu la kalau dah malas, banyak ja alasan nak sedapkan hati. Tapi aku dah tekad, lepas ja update blog aku akan terus meluru pegi dekat buku tu..Haha buat ala-ala gelojoh nak study, baru nampak macam pelajar yang rapat dengan buku, susah nak berenggang. Tapi tu cuma angan2x yang akan aku jadikan sebagai impian, harap-harap berhasillah.. hehe - m -


Note: berstudy bro, jangan jelous yup, sayonara ^_^

Monday, November 12, 2012

Makan Angin

Hari-hari berjalan sedunia bersama anak-anak sedara yang comel-comel tu..muaxxxx.... Hahaha..gedik kan.. arghh...ada aku kesah, anak sedara aku..keh3x.. ok sori. Terkasar sudah.


     Hajat nak pergi Taman Belia dekat sebelah pulau terpaksa dibatalkan sebab terhidu khabar angin katanya ada perhimpunan sempena Deepavali. So, terpaksa la tukar detisnasi ke Batu Hampar dekat Air Puteh area Bandar Baru. Tapi hasrat nak bagi bebudak ni  mandi manda tak kesampaian, sebabnya kuatir kencing tikus kat sungai tu, lagi pun terang2x tak berapa ramai orang pun kat situ ada la dalam 2-3 family termasuk kami yang datang .

    Sampai ja kat situ bebudak ni sibuk nak main air, tapi tak kesampaian. Tapi kat situ still ada playground, terubat la sebak nak mandi manda.. Kat sini aku selitkan sikit memori masa kami bertapak dekat Batu Hampar tu..cewah..keh3x..






Oppppsss..Bukan habis macam tu ja.. Tak seronokkan, just main playground panas2x lepas tu terus nak balik.. Ehh eh...tak boleh!!... Kalau mandi aktiviti bermain + sejuk..Sekarang bermain dah, sejuk je belum.. Jeng3x..Ahaa.. Lepas dari batu hampar, aku bawak dwunk semua pergi tesco, sedut aircond kat sana . Sambil tu boleh makan-makan dengan sambung main plyaground kat sana pulak.. Amacam, okey tak aktiviti harini, boleh la kan dari tak ada apa lansung. Aku selitkan jugak gambar anak sedara aku yang sorang lagi sebabnya waktu kat Batu Hampar dia tengah beradu, dekat tesco cepat ja da bangun.Layanzz je la.. ^-^






Note: Selamat bercuti kepada semua :)

Sunday, November 11, 2012

[Facebook] bersama liker

Baru sebentar tadi aku ada update status yang membolehkan liker page terbaik terbaik terbaek join 1 game tu.. aku ada print screen sebahagian daripada komentar daripada mereka..jom layanzz




Rasa agak seronok bila dapat menjawab komen2x daripada mereka..hehe tapi aku bukan lagi Manager page tu..just jadi content creator je..diturunkan pangkat sebab dah jual page ..kekeke..tak apa..ape2x pun layan je...asal hati girang mulut tersenyum..tu yang paling pentng..ok.blah dulu..tata

Like VS Comment

Facebook?? LIKE? COMMENT?

Kalau la ada 1 post nak buat ala2x undian... suruh like atau komen satu-satu picture atau status.... mana satu yang korang rasa lebih ringan nak buat like atau comment?


Ok dah jawab dan jawapan nya like kan.. Jadi undian macam ni memang tawu like akan lebih banyak daripada comment. Kesimpulannya, undian macam ni tak patut diterima pakai..haha.. aku membantah undian cegini.. tak adill... kta jumpa PRU akan datang..cewah.. O.V.E.R lah pulak..opss sori mori... akhir kata pengguna FB x patut menyokong undian like vs comment sebab x gentle..haha...ok chow~

Semoga kecapi kebahagian

Aku nak wish kat akak sepupu aku yang baru bertunang tadi petang.. Aku doakan dia akan mengikat tali pernikahan dan kecapi kebahagiaan selepas berkahwin mungkin bulan hadapan.. Insyallah... Semoga berbahagia dan  dapat tambah zuriat dengan lebih ramai..


Note: Perempuan bukan mainan dan lelaki bukan permainan... Hargailah setiap insan yang berada disamping kita supaya dapat kekal bahagia bersama didunia dan akhirat. Amin~