Teringat memori praktikal dulu2x dekat sorang member aku ni, semua ni gara2x aku pergi skodeng blog dia. Saja ja aku aku nak skodeng, sebabnya dialah salah seorang member yang menyebabkan aku kenal blog. Dulu waktu dalam pengajian di politeknik, aku selalu lah jugak bersembang dengan dia pasal blog. Ada jugak pendapat pasal blog diajukan pada aku, nak buat improvement katanya. Tapi janganla fikir seolah-olah aku memang seorang yang pintar@cekap pasal blog. Itu cuma pendapat, lagipun si member aku ni memang suka bertanya dan seorang yang sangat periang. kalau dengar dia gelak boleh la dapat tempias seolah-olah kita termasuk sekali dalam cerita dia.
Pasal skodeng tadi, fikiran aku terus meluru kepada dia apabila terdengar lagu yang ada pada blognya. Aku masih ingat lagi yang dia sangat sukakan lagu ni apabila kali pertama aku perkenalkan dia. Aku bukan tokan lagu okey,just suka dengar lagu dan suka kongsi-kongsi lagu dengan member masa praktikal. Salah satu sebab waktu tu, aku ni jenis kerap pulang ke rumah, al maklumlah rumah sewa dengan rumah aku tak jauh mana pun kalau nak dibandingkan dengan member yang lain. Hanya dibezakan dengan jambatan dan sedikit jalan raya yang harus aku lalui sebelum sampai.
Nak dipanjangkan lagi, memori lepas telah menjadi berangkai@panjang seolah-olah dah semacam seutas tali yang disambung-sambung. Mulanya ingat seorang sahaja, tapi makin lama memori praktikal tu boleh membuatkan mulut aku tersenyum. Hampir semua memori waktu praktikal dulu bermain dalam fikiran aku dengan jayanya. Alhamdulillah, indahnya ciptaannya bila kita renung kembali tetang fikiran@memori lepas . Otak kita sangat canggih dan sangat berkuasa penciptanya.
Just memory ^_^
Note: Memori yang indah dapat mengelakkan kita nyanyuk apabila kita terkenang kembali memori tersebut(ini adalah kajian bukan cakap kosong dari aku..tapi sori aku terlupa sumbernya) Ciptalah memori indah, biarlah hati sentiasa basah dengan zikir dan mulut sentiasa tersenyum dengan ciptaannya.Insyallah sentiasa diberkati.. Amin~



No comments:
Post a Comment