Wednesday, November 14, 2012

Penang aku datang

Hi...


Semalam hari makan angin sedunia dengan kengkawan dekat Penang sebelah Pulau. Sila jealous siap2x.. Haha...Jealous sebab aku masih  tak boleh study lagi..Huarghhhh. Duduk rumah pun aku susah nak pegang buku, alangkah baiknya aku jenjalan ja senang masa depan.. Hahaha.. Mood  nak study makin hilang rasanya bila aku stay kat rumah ni.. Fuh, stay kat rumah seolah-olah tempat untuk luangkan masa lapang ja dengan semua orang, buku not allowed . Ini cerita betul, tapi aku berazam aku akan cuba pegang buku jugak sebelum aku balik ke kampus. 


PENANG AKU DATANG

Maksud aku "Penang" tu sebelah Pulau taw, orang sebelah sini memang maksudkan sebelau Pulau sebagai Penang ja, harap mengerti ya  memang kebiasaan orang sini. Sampai ja aku kat Pulau tu aku dengan sorang kawan aku juga dari tanah besar terus pegi terjah rumah kawan aku kat Batu Maung. Sampai ja kt umah dia, belum sempat nak matikan enjin motosikal si kawan ni dah ajak pegi Restoran Pen Mutiara untuk belikan launch untuk si ayah dia. Sampai ja kami2x duduk ja lah sambil myfriend pegi order makanan, al maklumlah just beli  bungkus. Kami apa lagi mata ni melilau lah jugak, "restoran " agak tu la katakan, jarang2x pegi dan alang2x dah pergi rugi pulak kalau tak cuci mata ni dengan benda2x baru.Hahaha..


Dah selesai  semua kami tukar dari motosikal kepada kereta, senang kata si kawan ni, takut2x hujan lagi pun cuaca tak menentu hujung2x tahun kat Malaysia ni kan. kami pergi ke sebuah kedai berhampiran kawasan Jelutong untuk makan2x dahulu sebelum sambung berjalan2x lagi. Alangkah terkejutnya waktu sedang2x makan tu, si kawan ni menyapa aku dan kawan disebelah untuk alihkan pandangan dekat sebelah belakang. Aku pun berpalinglah dan ternampak seorang Pak Cik sedang terlentang betul2x di tengah2x jalan untuk masuk ke stesen minyak. Dup-dap ja jantung ni takut Pak Cik tu kena langgar ke apa ke hurm, selang tak berapa lama ada lah 2-3 orang yang lalu lalang angkat si Pak Cik ni ketepi. Ohh...dari jauh baru kami dapat agak yang Pak Cik tu sedang mabuk. Mana taknya, disandarkan si Pak Cik tu kat tepi jalan dia still nak membaringkan diri kat atas jalan dengan panas teriknya. Hmm..apa boleh buat, tetiba lahir rasa sempati dan kasihan  kat Pak Cik tu. Harap2x si Pak Cik tu dapt berubah suatu hari nanti dari perbuatan tu..okie... Chaiiyok2x ye Pak Cik..



Selesai makan dan lain2x lagi kami terus teruskan perjalan pergi ke Queensbay Mall dengan cadangan nak menonton wayang. Waktu nak beli tiket, cerita skyfall yang kami hasratkan terpaksa ditukar dengan carita lain. Untung la cerita seronok lah kot, penuh panggung dan tayangan seterusnya tak sesuai kerana agak lewat
Change the mind untuk pilih cerita lain, ajiboy=budak pailang=cold war dah terlepas tayangan and then next tayangan agak lewat.. Fuhh...jeng2x tinggal 1 movie ni ja yang menepati masa dan keadaan ~> "Istanbul Aku Datang"... Yahoooo...3 orang sahabat lelaki nak tengok cerita cinta.. Hahaha...Jiwang bebeh.. beli jugak tiket walaupun hati ni dah geli2x seakan-akan tak percaya. 


First time tengok movie dengan kawan2x ni menonton cerita cinta, okey boleh dijadikan sebagai memori yang terindah..Keh3x... Tapi, layan jugak cerita tu banyak ketawa ++ romantik. Sesuailah kalau nak tengok campuran 2 elemen tu dalam sesuatu movie. Cerita mengisahkan pasangan bercinta yang terputus dek kerana penghalang jarak Istanbul dan Kuala Lumpur. Si perempuan nak create 1 trick untuk ajak si lelaki yang sedang study bidang medic dekat Istanbul untuk ajak bertunang Si perempuan pergi kesana dengan alasan mengambil kursus pendek di Universiti yang sama. Waktu kat sana jadilah 1 pergelutan@drama yang mana tetiba si lelaki tak nak terlalu dekat dengan si perempuan.

Si perempuan terpaksa berdikari kat sana sampailah terjadi satu peristiwa yang agak menarik. Si perempuan  menyewa rumah dimana  telah mempunyai  penyewa dan penyewanya adalah lelaki dari Malaysia. Terjadi konflik waktu perempuan tersebut terpaksa tinggal serumah dengan lelaki tersebut. Satu hari tu BF kepada si perempuan telah datang untuk menjenguk dan terkejut kerana mendapati terdapat lelaki lain di rumah perempuan tersebut. Tanpa usul periksa perempuan tersebut dicari maki  kerana pandangan buruk BFnya(Tomok) kepada dirinya(Lisa Surihani) dihadapan penyewa lelaki (Beto Kusyairy) .


Untuk selesaikan keadaan huru hara dan tuduhan melulu Tomok, si Beto bawak Lisa pergi kerumah Tomok untuk explain benda sebenar. Tapi Tomok tak nak dengar penjelasan terus bertumbuk dengan Beto. Tetiba ada seorang perempuan Turki datang then mengaku sebagai aweks si Tomok ni. Si Lisa terus berasa ditipu then terus amik keputusan berenti kursus dan berhasrat balik Malaysia keesokan hari.


Sebaga tanda minta maaf dan penghargaan kat lisa, Beto decide nak bawak Lisa jenjalan Istanbul untuk membuktikan yang Istanbul ni seronok dan nak gembirakan hati Lisa yang sedang bersedih. Si Lisa rasa sweet waktu tu sebab rasa  dihargai berbanding dengan apa yang Tomok dah buat sepanjang waktu dia kat sana. Balik ja dari jenjalan, Tomok da tunggu Lisa untuk pujuk dan ajak Lisa balik Malaysia sesama then kawin. Malam tu Lisa dan terima Tomok dan setuju nak balik Malaysia sesama tapi Lisa still rasa ada perasaan kat Beto

Esok pagi  nak balik naik teksi dengan Tomok, si Beto datang kat Lisa dan luahkan perasaan dia terhadapat Lisa. Ayat dwunk waktu tu lebih kurang macam ni

(Kalau membaca tu suara kena dilontar keluar dan mood macam dalam drama okie)

Tomok: saya mintak awak beri peluang kedua  untuk awak terima saya.......

Lisa: .........

Beto: saya cuma mintak awak satu peluang ja 

Lisa:.......



Lastly, Lisa pilih Beto dan selang 2 tahun dari tu dwunk datang Istanbul semula untuk amik gambar kawin. Tu lah sebab cerita tu dinamakan Istanbul aku datang.. Hehe.. sebenarnya dia seolah-olah bercerita tentang perkara lepas macam mana dwunk boleh sampai kat Istanbul sekali lagi  then  amik gambar kahwin.. OK done...nak lagi paham..Sila layan trailer kat bawah ni..Zasss~







Note: Penat dah den nak menulis@membaca.. Aku sendiri pun penat nak baca apa yang aku tulis sebenarnya..Haha..layan ja..bosan2x nanti aku boleh baca balik kut..ok daa..







No comments:

Post a Comment